petua..bukan pemuda

Tuesday, August 25, 2009 | |

Ni ada sedikit petua nak sihat. Jadi sempena bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita mempraktikkannya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t, yang buruk dan hina itu adalah kelemahan saya sendiri. Selamat beramal!

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan : -
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan : -
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas – (haa..ingat tu brader..)
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata : -
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata : -
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran : -
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

0 komen: