lu rasa lu alim?

Friday, November 13, 2009 | | 2 komen



beliau memang rock. tapi solat tak tinggal. tinggal nak menikah je lagi. jadi untuk anak - anak gadis di luar sana - watch out!!!.

lu rasa lu rock?

| | 0 komen


ini lagi rock beb..seriously dude..brader ni rock sebab :

  • beliau tidur bertemankan guitar
  • beliau mempunyai tatoo slash
  • beliau sedang 'solo' unconsciously
  • beliau boleh bermain guitar on both side, kanan dan kiri maksud saya.
  • beliau adalah empunya JHON GUITAR SOLUTION
jadi kawan-kawan, berikan beliau sedikit rasa hormat ya. yeah!

Aku nak jugak oi!

Thursday, November 12, 2009 | | 1 komen

Buat la sticker ni satu kat aku.
Nak lekat dekat transportasi reput aku.
Boleh mengigau kalau tak dapat ni woi.

Aku ahli! Ahliiiii!!

Tapi,
Berapa kali dah aku hutang lempang?

diskografi kitaro

Sunday, November 1, 2009 | | 0 komen

1976 - Oasis
1978 - Ten Kai/Astral Voyage/Astral Voyager/Astral Trip
1979 - Full Moon Story/Daichi
1980 - Silk Road (a.k.a. The Soghdian Merchants on VHS)
1980 - Silk Road II
1980 - In Person/In Person Digital (alive)
1980 - Silk Road Suite (conducted by Paul Buckmaster with The London Symphony Orchestra)
1981 - Silk Road III: Tunhuang/Tonko/Dunhuang
1981 - Best of Kitaro vol 1
1982 - World of Kitaro (conducted by John Lubbock with London Philharmonic Orchestra)
1981 - Ki
1982 - Millennia/Queen Millennia
1983 - Silk Road IV: Tenjiku/India
1983 - Portopia '81/Portpier Matsushita Kan (Single included in Noah's Ark)
1984 - Silver Cloud/Cloud
1984 - Live in Asia/Asia Super Tour Live/Asia (alive)
1986 - Toward the West/Endless Journey/Saihou: Journey of Silk Road
1986 - Tenku
1987 - The Light of the Spirit
1988 - Ten Years/Best of Ten Years
1990 - Kojiki
1991 - Live in America
1992 - Dream/Lady of Dreams (with Jon Anderson)
1993 - Heaven and Earth
1994 - Mandala
1994 - Tokusen II (cd 1 best of, cd 2 alive called Live in Osaka)
1995 - An Enchanted Evening (alive)
1996 - Peace On Earth
1996 - Kitaro World of Music (Yu-Xiao Guang plays Kitaro's music )
1997 - Cirque Ingenieux
1998 - Gaia-Onbashira
1998 - Six Musical Portraits (best of)
1998 - Romantic Ballads
1999 - Best of Kitaro vol 2
1999 - Thinking of You
2000 - The Soong Sisters
2000 - The Essential Collection (only Japan)
2000 - Nile (Single included in Ancient)
2001 - Ancient
2001 - Endless Journey (best of)
2001 - Healing Forest (best of)
2001 - Noah's Ark (best of)
2002 - An Ancient Journey
2002 - Daylight, Moonlight in Yakushiji/Yakushi-Ji (alive)
2002 - Mizu Ni Inorte
2002 - Asian Cafe/Ashu Chakan (best of)
2003 - Best of Silk Road
2003 - Sacred Journey of Ku-Kai
2004 - Shikoku 88 Places
2005 - Sacred Journey of Ku-Kai Volume 2
2006 - Spiritual Garden
2007 - Sacred Journey of Ku-Kai Volume 3
2008 - The Definitive Collection (best of)
2008 - Toyo's Camera (best of - soundtrack)
2009 - Impressions Of The West Lake

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Kitaro

terer tak terer la uncle kitaro, tahun 1980; sekali 4 album dia rilis. gua rasa kitaro ni bkn agama shinto, dia penganut agama seruling. tak pun penganut fahaman gendang perang tentera berkuda.

Undangan perkahwinan

Sunday, October 18, 2009 | | 0 komen

Semua graduan Zoo Manusia Moden dijemput hadir dan sangat-sangat dialukan ke majlis perkahwinan aku..
Disini aku sertakan tugas-tugas hangpa sekali time kenduri nanti:

1.Tom & anep- pesilat pulut. Sila bawa tanjak dengan keris anda sendiri.
2. John- photographer..ke ko nak jadi mak andam?
3. Bagok- penghibur ketika sesi karok dibuka. Sila bawa cd XPDC anda sendiri.
4. Duan- tukang buat banner kawin. Amacam?
5. Jedi- apa ni? Hang kata sempat turun kapal..
6. Nasha- paramedik. Kalau-kalau ada yang pitam. Bawak first aid kit oi. Kalau boleh sekali dengan ambulan pun gempak jugak.
7. Darul, Teli & Jeruk- Ahh, korang bawak bini je sudah..datang makan.
8. Mat- standby mekanik untuk kereta rombongan dari pahang.
9. Pejo- ko datang ke?
10. Jama - bentara. Bukan ko suka ke kenduri-kenduri ni.
11. Rakan-rakan tempias dari Lipis dan Metropolitan Kuala Lumpur- hangpa pun mai makan dah la.
12. Afit- sudah-sudahla tu bawak diri. Mai la kenduri oi.


Mai oi, ramai mana pun mai la..

pak hang!

Tuesday, October 13, 2009 | | 0 komen



macam lahanat kamu semua ni. kalau p ramlee ada lagi mau ditikamnya dada kamu semua. puluit,balik kampung nanti tolong cari siapa punya angkara ni!

cadangan

Monday, October 12, 2009 | | 0 komen


macam ni. ok ka?. tapi pilih la mana satu yang ngam. ni gua letak semua sekali.

suatu masa

| | 0 komen



khob, khob .. patut la tak nak maen dengan Secondary.. berbeza aliran rupenye..




komen ahli lain :

"patut la selalu pergi Mersing lah, Pulau Tioman lah, pergi JB rupanya" - thom

"aku dah tau lama dah....sori abg baguk, sori. adik tak berniat" - puluit

"pernah dulu saya nampak beliau keluar dari kedai guitar dengan muka resah" - jhon

"dulu masa di sekoala agama muadzam, belaiu pernah menyatakan hasrat hati ingin menjadi penyanyi rock" - Teli , 25 tahun, guru, (rakan baik beliau)

"XPDC!! yeah!!!. cayalah baguk!!" - Hafidz Jen'ka

selebriti

Thursday, October 8, 2009 | | 0 komen



ni lagi sorang. senyap-senyap berlakon drama. lepas tu buat-buat berlakon kerja kat kuantan,duduk IM haus..

anep..anep..

Puzyboy

Monday, October 5, 2009 | | 0 komen

jhon best friend

Friday, October 2, 2009 | | 0 komen



nama saya mokhsin.. hahahahahaha...

ini baru hybrid ( LAPTOR )

Tuesday, September 29, 2009 | | 0 komen



spesifikasi :

1. processor = intel Herraine. paling latest = 28 core
2. hard disk = tengok atas kekerasan kepala anda.
3. ram = built in memory in ur head. unlimited.
4.graphic = Need For Speed Shift,game yang berat-berat, ayam jek.

special feature :

1. hand made hybrid (laptop + desktop monitor ) = LaptoR (garang bukan?)
2. boleh melahirkan cendikiawan seperti pemiliknya.
3. multi task product. ( boleh jadi stove dalam masa yang sama )

harga : sekali runding jek. banyak hal, boleh jalan.

contact : henpon jiran rumah sebelah. sony ericsson baru..

cilamat punya mat!

Monday, September 28, 2009 | | 0 komen

apa kau nak kene lempang ke hantar sms ucap selamat hari isnin pukul 5 pagi?

gua ingat ada emergency ke ape ada sms masuk pagi-pagi. nak kata makwe gua bagi sms kejut subuh memang tak masuk akal. gua mane ade makwe. gilette mach one ade la buat shave pagi-pagi.

nasib gua tak cemas sehingga lemas pagi tadi.

eid

Sunday, September 27, 2009 | | 0 komen


Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin

BABI!

Tuesday, September 15, 2009 | | 0 komen

2004

Cafeteria Kolej Tun Razak,
UTM Skudai

Saya masih belajar pada masa ini. Senibina, hidup tak menentu, makan ke mana, tidur ke mana. Berat badan pun masih unggul. Pada masa ini, saya menumpang tidur di bilik rakan, Edie Cruise, Kidd dan Hanif.

Tiba waktu puasa, semua cukup. Sahur, saya ke kafe kolej sahaja untuk makan. Berbuka, di bilik sahaja. Pada suatu hari, saya seperti biasa pulang dari studio untuk mengejutkan rakan-rakan bangun sahur. Setibanya ke kafe, kami pergi mendapatkan makanan masing-masing. Kidd yang dari awal sudah mendapatkan makanan, pergi mencari 'port' paling menarik untuk bersahur. satu meja di kawasan belakang, antara samar-samar cahaya bulan pagi. Baru 'muda' makan tempat gelap. Kan?

Saya masih runsing memilih lauk untuk di makan. Setelah bermundar mandir lebih kurang, saya mengambil keputusan unutk mengambil ikan sebagai lauk. Selesai sesi pembayaran, saya ke meja untuk melahap.

Suapan pertama, pergh.. masyuk.

Suapan kedua, ahh.. sedap.

Suapan ketiga, erm, masam.

Suapan ke empat, eh, apa yang gerak-gerak ni.

Setelah di selak pada ikan tersebut, pergh... maggots..


BABI punya kafe!


2006
IM haus

Saya bersama Kedek baru pulang dari ofis. Bosan tak tahu apa hendak di buat, saya mencabar beliau bagi perlawanan bola virtual di Sony Playstation two, Pro Evolution Soccer, PES.

DVD di masukkan, permainan di mulakan. Tiba-tiba, Kedek menekan 'pause'.

"eh, kejap-kejap"

Kedek bangun dan saya dapati ada haiwan sebesar jari kelinking di atas lantai betul-betul jatuh dari belakang beliau. Setelah di perhatikan dan di kenalpasti, saya lantas bangun dan lari sehingga ke garisan sempadan lot rumah.

"Rilek la woi, maggot je ni! jerit Kedek tenang sambil menguis-nguis maggot tersebut.

Keadaan panik dan cemas, Kedek menyiasat dan mendapati maggot tersebut datang dari bawah katil Hafidz. Rupa-rupanya terdapat bangkai anak kucing di bawah katil tersebut. Kami tidak dapat mengesan bau bangkai tersebut sebelum ini kerana memang sepanjang tahun, bau Hafidz sama seperti bau bangkai.

Lebih cemas apabila, Kedek tiba-tiba pergi bersiap untuk keluar bersama kekasihnya dan membiarkan saya berhadapan seorang diri dengan maggot. Panik, saya menelefon Khob bagi mendapatkan bantuan. Saya menghidupkan enjin kereta dan bergegas ke rumah beliau di Bukit Setongkol.

Berbekalkan Ridsect, saya masuk ke rumah untuk bertarung dengan angkatan maggots. Nampak gayanya saya kecundang pada malam ini. Saya tewas dan berdiri di luar rumah sambil menunggu Khob menyapu lantai.

BABI maggots!

April 2009
Juara CKT

Edie, Puluit dan saya bercadang hendak ke char kuey teow. Dalam perjalanan, saya singgah ke Petronas bagi memberi minuman kereta. Di samping itu, saya membeli air tin berjenama Coca Cola menghilang tekak dahaga.

Kting!

Sruupp!

Ahh!!

Lega, saya meletakkan air tersebut di dalam kereta bagi memberi peluang kepada tangan untuk menuang minyak. Selesai, saya masuk dan memandu ke Juara CKT. Setibanya di sana, saya ingin menghabiskan sisa Coke yang sudah sedikit supaya tidak perlu di bawa ke meja lepak sebentar nanti.

Tapi yang peliknya, terasa seperti kehadiran cincau di dalam tin Coke ini, setelah masuk ke dalam mulut, saya cuba meludah bagi memastikan objek berlendir tersebut.

Pergh!

Saya termuntah disitu setelah terlihat anak lipas yang nyawanya seperti ikan lemas di dalam Coke.

September 2009
IM haus

7:25 malam

Berbuka seorang diri di rumah sudah menjadi perkara biasa. Saya seperti biasa akan membeli murtabak kerna nasi tidak sehaluan dengan irama perut saya ketika berbuka. Boleh menyebabkan muntah jika makan. Jack hari ini memussy, Edie keluar bersama keluarga berbuka di restoran mewah.

Sambil berbuka, saya melayari siaran di televisyen bagi mengurangkan rasa sunyi. Dek kerana hari panas terik siang tadi, hari ini saya membeli dua bungkus air sekaligus supaya dapat membalas dendam.

Setelah masuk waktu berbuka, saya menerkam ke arah menu utama. Sotong goreng RM10 seekor, saya ratah dan latah dengan lahapnya. Sehabisnya kerana harganya lebih mahal dari Marlboro 14's dan seterusnya saya menghirup segar air-air bungkus berwarna warni. Selesai semua, rokok di hisap bagi meneutralkan makanan yang sedang berhimpit-himpit di dalam lohong makan di leher saya.

Tiba giliran murtabak pula, saya ke dapur mengambil sudu supaya sesi memakan murtabak dapat di selang seli kan dengan menghisap rokok, khuatir rokok tersebut di cemari minyak.
Potongan pertama, dalam perjalanan sudu ke mulut, saya dapati sesuatu terkumat kamit di sudu tersebut.

BABI! maggots lagi!

Tak sempat makan, murtabak serta sudu, air, tupperware, ayam panggang dan sofa, saya buang ke dalam lubang sampah. Saya berlari ke stor mengambil minyak tanah dan menuangkan ke atas maggots tersebut. Rokok masih di bibir saya ludah ke arah kawanan maggots yang merayu supaya tidak di apa-apakan.

Ah! Sudah terlambat 'gots. Sudah lama saya mengisytiharkan perang dengan mereka. Nampak gayanya hari ini saya hampir tewas lagi. Tapi tidak. Hari ini saya berjaya, berjaya menghapuskan suku kaum mereka dari muka bumi ini. Ha Ha Ha!

Tapi, ada air lagi satu di dapur. Bandung + Cincau = Bancau, yang memanggil-manggil nama saya. Saya sekarang berada di dalam bilik, di atas kerusi. Betul-betul atas kerana dengan kaki-kaki pun saya letak di atas. Khuatir khuatir masih ada maggots perisik di sini.

Masalahnya, macamana saya hendak ke dapur dan menikmati air tersebut? Bukannya geli, tapi cuma langkah berjaga-jaga dengan anggota maggots, bimbang mereka menyerang hendap ke kaki saya. Ha Ha Ha. Atau, macam ni ke rasa fobia eh?

request juga

Saturday, September 12, 2009 | | 0 komen

kelab kenderaan bermotor bernombor pendaftaran bermula huruf D mintak lu all tolong masukkan lagu ni dalam setlist jamm lu all... tadok arah laaa...

Mayat di halaman haus66 masih belum dikebumikan!

Thursday, September 10, 2009 | | 0 komen

Pagi tadi aku terpandang mayat yang mati bawah kereta Pn.Thom semalam..

Dah macam ada ulat kat perut, bau pun dah pelan kuat..

Cangkul pulak ada dekat rumah sebelah.

Sebelum kes mayat ni dibawa ke balai, baik kita kebumikan petang ni..amacam?

Sapa nak pegi mintak balik cangkul??

berbuka puasa sambil menghitung top ten idiot countdown, dumbass..!!!

Wednesday, September 9, 2009 | | 0 komen

jam 1755, sebentar lagi akan masuk waktu berbuka bagi kawasan haus66 walaupun waktu dhuha tadi dah ada ahli yang berbuka dengan maggi direndamnya dengan air sejuk beserta kurma, berkat katanya.

pasang telebisen, bukak canel AXN.

apalagi kalau bukan most outragous video in the world. they fly all around the world looking for idiot dude with sweet mullet.

" ada puting ke beliung tu? " soal kiamat sejurus membaca sarikata.

" ntah. main reka jer puting beliung..." tomatoes.

" apa dia sebut tadi? bahasa english dia apa hah?" tanya kiamat dengan penuh minat.

" senang jer... puting apa, puting?" soalan tomatoes.

" nipple..." jawab kiamat bersahaja.

" hah beliung apa, beliung? beli apa, beli?" soalan lanjutan dari tomatoes.

" buy, kot..." kiamat.

" yung? hah! cemana nak buat? payung apa, payung?" soal tomatoes.

" umbrella..." jawab kiamat, sekali lagi tanpa merujuk pada kamus.

" amik ujung payung jer, amik yung jer. apa?" soal tomatoes.

" rella kot..." jawab kiamat.

" hah, sambung laa..." tomatoes.

" buyrella..." jawab kiamat.

" puting tadi apa? " soalan akhir dari tomatoes.

" nipple. buyrella nipple. " jawab kiamat penuh yakin.

" hah..! kan? senang jer..." tomatoes bersuara lalu mulutnya berlagu riang lagu dendangan rihanna sambil menjilat sisa martabak di jari-jemarinya...

" ella, ella. hey... ella, ella....." tomatoes terus menyanyi sambil mengeluarkan sebatang marlboro dari bungkusan softpack bengkok beliau.

woi puluit, jgn nak jd penonton tv di restoran ketika ahli lain sibuk bergurau senda...

| | 0 komen


syarat sah lepak

  1. orang melayu. sebab kalau dah englishman, dia tak di panggil lepak dah. they call it hang out, maka dengan sendirinya terbatal lah lepaknya. begitu juga dengan bangsa/kaum lain.

  2. mengadap main entrance. senang nak perhati orang lalu-lalang, boleh usha kalau-kalau ada mambang melintas. lepas tu terus jer beri isyarat kepada rakan-rakan lepak yang lain. tak kesah la mambang tu ngam ke, tak ngam ke, sopan ke, sedap dipandang nafsu ke, baik ke, baeek ke, budak sekolah dressing tersusun ke, budak hingusan yang pakai bersepah ke, yang dress-up sejuk mata memandang macam wardina safiyah ke, yang nak dress-up macam avril lavinge tapi silap bikin ke, indon cuba-cuba nak dress-up rihanna ke, hapa ke; bagi tau jer kawan-kawan. perkara ni boleh dibawa berbincang. hahahahah .

  3. suci daripada hadas besar. sebab aku perhatikan ada sesetengah orang, bila berada dalam hadas besar, angin dia satu macam. silap sikit nak menengking jer kejenya. so, bagi mengelakkan putus kawan, mandi wajib siap-siap sebelum keluar melepak.

  4. akil baligh/ cukup umur. nak citer jugak ke pasal ni? tak payah la. kau orang sendiri penah sekolah, sendiri mau ingat la.

  5. berakal. mau pulak member kau orang melepak dengan orang hilang akal?!

  6. mendengar dan melihat. mesti mau peka beb. mana la tau usahawan kat table sebelah sembang sampai ke nagara tibet. tapi dia punya makan tadi, member dia yang payung. takpun ntah-ntah mambang table sebelah dress-up jer macam KL Dolls/uptown chicks sangat. tapi kalau dah bersembang, hoiyo..! dah tak kira apa dah. FOUL..! ntah mana datang ceruk hulu sana mari dia, penempatan yang tak receive ntv7 punya accent/pronunciation dia hantam taruk. ini kes serius beb..!
    ( really-meally sorry, no offense).

  7. jaga ( tidak tidur ). nak tido baik balik rumah la wei..!

  8. yakin sudah masuk waktu lepak. bila dah takder benda nak dibuat petang-petang. dah abis waktu kelas/keje. nak baring depan tv, cuma drama remaja urban picisan pulak yang ada bersiaran. eg: pria, graduan, dan beberapa lagi drama sampah preman kuburan. kalau malam-malam sikit pulak kang, bila dah selesai assignment ataupun sesudah abis study satu-satu chapter. takpun sebab yang paling bangang sekali; masa study tadi, haram satu benda pun tak masuk ke dalam kepala hotak. kalau yakin sudah masuk waktu lepak, petik jer saper-saper ajak lepak. niat . bismillah . jalan .

______________________________________________________________

apa yang buat aku tertarik tentang amalan lepak ni, takder satu perkara pun yang boleh membatalkan lepak. selagi boleh lepak, lepak. selagi rasa selamat, insyaAllah selamat.

ikut macam mana pun, sebenarnya kalau dah kaki lepak tu; tak perlu syarat-syarat sah dia nya. kalau semua syarat-syarat sah diatas tak dilaksanakan pun, tetap sah lepak seseorang itu selagi dia tak membawa hal-hal peribadi dari luar waktu lepak ke dalam waktu lepak.

untuk hal-hal peribadi, kita ada sessi lepak luah rasa. hanya dua orang jer yang dibenarkan mengambil bahagian pada satu-satu sessi, dan biasanya slot tersebut diletakkan pada ketika dinihari agak-agak nak ke subuh sikit. tapi itu akan dibincangkan kemudian. takpun tak bincang dah kot. hahahaha

tapi ada satu perkara yang dibenarkan tetapi digalakkan ketika melepak, iaitu petik " nak balik... ".- tapi takpe, perkara ni boleh dimesyuaratkan semula sekiranya rakan lepak tersebut ada tuntutan/keperluan yang perlu diutamakan. ada excuse untuk itu.

ok? awriiiiiite....!
banzai.....!

House ke Haus?

Friday, September 4, 2009 | | 0 komen

Lagu untuk Rozani dan Zuhairi.Gaduh buat apa..

video