aiskrim itu

Sunday, August 2, 2009 | |



18 july 2009
IM haus

Saya bersama kakak dan Syam (suaminya) baru sampai dari kampung, perak, membantu ahli keluarga pindah rumah. Oleh kerana saya menumpang kereta mereka, jadi mereka menghantar saya ke IM haus dahulu sebelum mereka pulang ke rumah. Kelihatan puluit, jack dan muaz sedang bergurau senda di ruang tamu.

Keletihan memandu, saya terus ke tandas bagi menunaikan hasrat terpendam. Seketika sedang meneran, saya terdengar letupan yang kuat di ruang tamu. Panik, saya terus memotong dan istinjak lebih kurang untuk meninjau keadaan.

Setibanya di ruang tamu, saya lihat ketiga-tiga beruk tadi sudah terbaring bergelimpangan. Semua menahan perut seolah-olah terkena serangan. Setelah di soal, rupa-rupanya saya terlepas satu fenomena yang bakal menjadi sejarah IM haus. Fenomena paling kelakar bagi 2009.

Sedutan kisah tersebut

Lokasi : Ruang tamu
Karakter : Puluit, jack, muaz dan Syam

Kelihatan Puluit, jack dan muaz sedang rakus membaham jambu dan kuah rojak yang saya belikan di Tapah. Syam masuk ke ruang tamu sambil membawa tambahan makanan.

Syam : Ni ha, ada aiskrim sikit. ( sambil meletakkan bekas aiskrim ke lantai)
Jack : Wah. Ok juga makan aiskrim ni. Coklat dan vanilla berkacang.
Puluit : …… (memerhatikan bekas aiskrim tersebut sambil mulut penuh dengan jambu)

Pada saat ini, kelihatan leher Puluit bergetar-getar menelan air liur membayangkan ais krim yang akan di nikmatinya nanti. Dengan berkain peikat londehnya, Puluit bergegas ke dapur untuk mengambil mangkuk serta sudu bagi merasmikan aiskrim berperisa vanilla bersadurkan kacang.

Di bibirnya tersiul meodi-melodi gumbira seperti soldadu pulang dari medan. Cara berjalannya sudah ke arah berjengket-jengket riang. Hatinya berbunga-bunga, di kepalanya hanya terbayang aiskrim dan taburan kacang. Puluit tersengih sendirian sambil mengenyitkan sebelah mata.

Sedang Puluit dalam perjalanan ke dapur, Jack membuka bekas aiskrim tersebut dan mendapati isi kandungan tersebut adalah sebenarnya adalah kek coklat yang di bekalkan oleh ibu saya dari kampung. Tidak semena-mena Jack dan Muaz sudah berubah wajah menjadi seperti dubuk liar, tersengih-sengih menunggu Puluit datang untuk di tertawakan. Syam memang hebat.

* * * * * * * * * * * * *

Buat pertama kali dalam sejarah, Puluit hilang entah kemana. Mungkin beliau terlalu kecewa hajatnya tidak kesampaian. Malam itu seluruh penduduk Taman IM terdengar lolongan seperti serigala yang kesedihan. Kelihatan kelibat Puluit di atas bukit belakang taman di terangi cahaya bulan mengambang.


1 komen:

jackfred said...

hahahahahhahaha... kelako2!!! betul la cakap lu tom.. ini letak sebukan pon, blom abis lagi kelakornya... hhahahahah..puluit2... hahahha..