jamadilah si pelari lagenda

Monday, August 24, 2009 | |

jamadilah dan saya - Aidilfitri 1428 Hijriah, rumah izu

Sebagai lagenda pelari pecut, tiada siapa dapat menafikan kelajuan Jamadilah. Hatta Amir Habib sekalipun masih gagal mengejarnya walaupun menggunakan ilmu larian tanpa jejak diwaktu malam ( hanya nampak gigi sahaja ). Jamadilah tetap nombor satu.

Baru - baru ini Usain Bolt berlari macam kuda. 9.58sec untuk 100 meter. Terus saya terkenangkan Jamadilah. Kalaulah Jamadilah berusaha lebih keras, tak hisap rokok, tak panjat pagar matrikulasi UIA, tak berapa sibuk handle kenduri sana sini, tak rajin memancing udang sampai mata kail lekat kat mata sendiri, saya yakin Jamadilah mampu untuk berlari sepantas itu.


Harapan saya jikalau Jamadilah ada terbaca tulisan ini, berubahlah. Anda masih tua. Negara memerlukan anda dalam arena olahraga. Ayuh!!


usain bolt dan pakcik dia - Christmas 2008, Jamaica

0 komen: