re-issued : siri letupan jeruk

Sunday, June 13, 2010 | |

juzaimee( bukan nama sebenar ) merupakan bekas bos gua. dia smart orangnya. ada kasut karipap. guna wallet brand gun n' roses paten yang kalau masuk poket belakang, terjelir keluar. gadget-gadget dia semua up-to-date. hanset silih bertukar ganti. pulak tu, hanset ada sarung kondom. ada sijil nikah. ada paip popeye. ada cover kamera litar tertutup untuk tujuan dummy, konon-konon Autoslovak dilengkapi dengan CCTV. ada kotak Marlboro edisi terhad. ada kotak Mild Seven yang untuk pasaran Hong Kong. ada ramai kenalan dikalangan pak cik-pak cik yang tak sudah-sudah dengan lawak malam jumaat, malam untuk orang berbini. dipandang tinggi oleh Sleman. terbaru, dah jadi Superdad khabarnya...

arakian, suatu pagi yang nak ke tengah hari. panasnya sangat mencakar kulit. bulu kening dibasahi peluh. ketiak pedih melecet campur dengan deodoran yang berlebihan. seluar kecik tak tau la dia punya basah macam mana. kulit tengkuk sangat perih disiat sinar biru kundang tahap ultra.

juzaimee take a break untuk seketika. dia lap peluh, lalu masuk ke dalam bengkel.

" weh... sini tolong aku jap " gua terima sebagai satu arahan dari pihak atasan.

gua follow dia keluar, sampai kat belakang bengkel. gua kaget melihat hasil senibina Ilmuan Islam yang sorang ni.

tiba-tiba, berdiri didepan gua seorang ninja. ninja pemotong rumput.

" pegang ni jap... " satu lagi arahan pihak atasan gua terima.

disebabkan beras gua ada dalam poket dia, dan dengan berat hati, gua pegang jaring besi untuk orang tanam kacang panjang tu.

dengan paku yang kurang dari satu inci, dia lekatkan jaring besi tu kat dinding longkang,- dia guna benda kecik-kecik, bentuk ' n ' kaler putih yang orang selalu buat pendawaian tambahan pada dinding rumah tu.

KETUK..! KETAK..! KETUK..!


minggu depan, amoi hardware sebelah pulak buat pagar belakang kedai. petang tu, dalam perjalan pulang dari minum petang,

" diorang tu gelakkan kita ke mat? " tanya bekas striker gua, curiga akan senyuman sinis kontraktor yang sedang bina pagar belakang kedai hardware tu.

[ sigh... ]


0 komen: