muka ganas, hati pink brader.

Tuesday, November 24, 2009 | |

IM haus
10.30 malam
24 Nov 2009


Setelah pengahwinan Puluit, kelibat beliau sudah tiada lagi kelihatan di kawasan-kawasan ahli IM haus seperti tempat-tempat minum, tempat berhibur dan juga di atas bekas katil keramat beliau.

Tapi hari ini, malam ini, Puluit datang ke IM haus bersama isterinya, datang kerna beliau ingin memerint beberapa helai peta bagi menyudahkan sesi pembelajaran MSc nya. Oleh kerana IM haus sudah 3 tahun hanya di huni oleh kaum lelaki, jadi, isteri Puluit hanya duduk di ruang tamu sahaja sambil menunggu.

Kebetulan semasa beliau datang, kami warga IM haus sedang merekodkan lagu di rumah. Saya dan Jack baru sahaja sudah menyiapkan semua rakaman instrumen.

Jack : Gitar, drum, bass, kibod. Semua dah setel beb. Tapi sapa nak nyanyi ni. Jedi je suara sedap, lunak dan ranum kat IM haus ni. Tapi dia pergi ke Kemaman pula.

Saya : Ah, kita suruh Puluit lah. Sementara dia ada ni. Ok ka?

Jack : Ngam.

Untuk perhatian, suara Puluit adalah suara yang terpaling merdu di kalangan ahli IM haus, mungkin kerna beliau pernah mewakili Malaysia semasa menyertai Asia Bagussss tidak lama dahulu.

Saya : Puluit, woi, tolong jap. Mintak nyanyi sekali.

Puluit : Ok, ok. tunggu jap. (sambil cuba melepaskan rangkulan si isteri dari pinggangnya.)

Saya : Jenis di khalayak ramai pun nak bermesra.

Jack : Syhh..syhh..dia datang.

Saya : Err, Puluit, tolong nyanyi jap, lagu ni, ala..lagu Pesona P. Ingat lagi tak?

Puluit : Eh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh.

Setelah saya mensetting lebih kurang, kami keluar dari bilik rakaman memberikan Puluit privasi bagi sesi nyanyiannya. Lebih kurang 4 minit kemudian, Puluit selesai.

Puluit : Woi, dah woi. Dah, dah, dah, dah, dah, dah, dah.

Puluit sememangnya selalu cemas, jadi beliau kebiasaannya akan menjawab dengan beberapa 'repeat'an. (haha!)

Saya dan Jack meluru masuk ke bilik rakaman sambil bayangan suara lunak Puluit terngiang-ngiang di kepala.

Click!

Play.

Lagu berkumandang, suara Puluit bergema ke seluruh bilik rakaman.



* * * * * *


Saya : Jack, biasanya orang dah kahwin ni badan makin menaik kan? Macam dah gemuk sikit la.

Jack : Aah, biasanya la. Tapi Puluit ni lain pulak kes dia, badan setakat ni mantain lagi. Tapi apahal suara dia dah semakin gemuk. Dah tak Amy Search dowh.

Saya : Hm...suara gemuk dowh.

Puluit : Babi! Sayang, jum rangkul lah! Ok kawan-kawan. Gua ciao dulu. Ok, ok, ok, ok, ok, ok, ok.



0 komen: