woi puluit, jgn nak jd penonton tv di restoran ketika ahli lain sibuk bergurau senda...

Wednesday, September 9, 2009 | |


syarat sah lepak

  1. orang melayu. sebab kalau dah englishman, dia tak di panggil lepak dah. they call it hang out, maka dengan sendirinya terbatal lah lepaknya. begitu juga dengan bangsa/kaum lain.

  2. mengadap main entrance. senang nak perhati orang lalu-lalang, boleh usha kalau-kalau ada mambang melintas. lepas tu terus jer beri isyarat kepada rakan-rakan lepak yang lain. tak kesah la mambang tu ngam ke, tak ngam ke, sopan ke, sedap dipandang nafsu ke, baik ke, baeek ke, budak sekolah dressing tersusun ke, budak hingusan yang pakai bersepah ke, yang dress-up sejuk mata memandang macam wardina safiyah ke, yang nak dress-up macam avril lavinge tapi silap bikin ke, indon cuba-cuba nak dress-up rihanna ke, hapa ke; bagi tau jer kawan-kawan. perkara ni boleh dibawa berbincang. hahahahah .

  3. suci daripada hadas besar. sebab aku perhatikan ada sesetengah orang, bila berada dalam hadas besar, angin dia satu macam. silap sikit nak menengking jer kejenya. so, bagi mengelakkan putus kawan, mandi wajib siap-siap sebelum keluar melepak.

  4. akil baligh/ cukup umur. nak citer jugak ke pasal ni? tak payah la. kau orang sendiri penah sekolah, sendiri mau ingat la.

  5. berakal. mau pulak member kau orang melepak dengan orang hilang akal?!

  6. mendengar dan melihat. mesti mau peka beb. mana la tau usahawan kat table sebelah sembang sampai ke nagara tibet. tapi dia punya makan tadi, member dia yang payung. takpun ntah-ntah mambang table sebelah dress-up jer macam KL Dolls/uptown chicks sangat. tapi kalau dah bersembang, hoiyo..! dah tak kira apa dah. FOUL..! ntah mana datang ceruk hulu sana mari dia, penempatan yang tak receive ntv7 punya accent/pronunciation dia hantam taruk. ini kes serius beb..!
    ( really-meally sorry, no offense).

  7. jaga ( tidak tidur ). nak tido baik balik rumah la wei..!

  8. yakin sudah masuk waktu lepak. bila dah takder benda nak dibuat petang-petang. dah abis waktu kelas/keje. nak baring depan tv, cuma drama remaja urban picisan pulak yang ada bersiaran. eg: pria, graduan, dan beberapa lagi drama sampah preman kuburan. kalau malam-malam sikit pulak kang, bila dah selesai assignment ataupun sesudah abis study satu-satu chapter. takpun sebab yang paling bangang sekali; masa study tadi, haram satu benda pun tak masuk ke dalam kepala hotak. kalau yakin sudah masuk waktu lepak, petik jer saper-saper ajak lepak. niat . bismillah . jalan .

______________________________________________________________

apa yang buat aku tertarik tentang amalan lepak ni, takder satu perkara pun yang boleh membatalkan lepak. selagi boleh lepak, lepak. selagi rasa selamat, insyaAllah selamat.

ikut macam mana pun, sebenarnya kalau dah kaki lepak tu; tak perlu syarat-syarat sah dia nya. kalau semua syarat-syarat sah diatas tak dilaksanakan pun, tetap sah lepak seseorang itu selagi dia tak membawa hal-hal peribadi dari luar waktu lepak ke dalam waktu lepak.

untuk hal-hal peribadi, kita ada sessi lepak luah rasa. hanya dua orang jer yang dibenarkan mengambil bahagian pada satu-satu sessi, dan biasanya slot tersebut diletakkan pada ketika dinihari agak-agak nak ke subuh sikit. tapi itu akan dibincangkan kemudian. takpun tak bincang dah kot. hahahaha

tapi ada satu perkara yang dibenarkan tetapi digalakkan ketika melepak, iaitu petik " nak balik... ".- tapi takpe, perkara ni boleh dimesyuaratkan semula sekiranya rakan lepak tersebut ada tuntutan/keperluan yang perlu diutamakan. ada excuse untuk itu.

ok? awriiiiiite....!
banzai.....!

0 komen: