suatu petang di sebuah kampung yang damai. tiga orang remaja sedang berbicara memikirkan apakah bentuk hiburan hujung minggu yang ingin mereka lakukan. kelihatan kelibat hafidz (bukan nama sebenar) datang berlenggang sambil tersengih-sengih;
hafidz : apa cerita weekend ni beb? takkan takda ronggeng-ronggeng. (sambil membuat gaya 'ronggeng' dengan mengerakkan pinggulnya kehadapan dan kebelakang)
'
(untuk perhatian, hafidz sudah hampir 2 tahun bekerja di kuantan, jadi sudah pandai menggunakan perkataan-perkataan hip seperti weekend, lunch, dinner dan what's up nigga?)
jengka's A : tarak la beb. gua ingat nak pergi merempit je ini malam. ada awek baeeeeek punya. anak Pak Usop drebar tu. boleh ngépong.
jengka's B : apa barang rempit. tengok transformers la jum. tapi takkan nak merempit ke kuantan? jauh tu bai. dua jam jugak naik moto.
jengka's C : ....
hafidz : eh. ngam jugak tu. tengok transformers la jum. takpe, takpe. aku ada kereta, baru beli semalam, proton saga BLM. siap aku dah bikin sikit. aku dah kasi tinted. tak jengka la naik kereta standard. nanti dapat gaji bulan depan aku ingat nak tukar sport rim pulak, lepas tu nak up lagi kasi jadi perdana V6, lepas tu nak tambah enjin satu lagi, kalo ada dua enjin lagi laju...bla..bla..
jengka's A : ok..ok..cukup. nanti ko cerita dalam kereta semasa kami tidur. apa-apahal pun, kita balik rumah dulu, pergi cari baju paling lawa nak ke kuantan ni. pukul 8.30 malam kita jumpa di rumah hafidz. ok?
jengka's B : bereh! (sambil menunjukkan isyarat bagus dengan kedua-dua belah tangan)
jengka's C : ....
tepat jam 8.30 malam, semua ahli berkumpul di perkarangan rumah hafidz, masing-masing dengan gaya tersendiri. ada yang berkemeja lengan panjang, ada yang baru petang tadi terus pergi gunting rambut siap warna, ada jugak yang baru petang tadi bergegas amik seluar tempah.
hafidz : ok kawan-kawan. are you ready??!!!!
jengka's A : yeah!
jengka'a B : kuantan!....kami datang!...
jengka's C : ....
dengan berbekalkan cd lagu XPDC, mereka berempat bertolak ke kuantan dengan hati riang. hafidz sempat singgah ke stesyen minyak petronas untuk membeli t-shirt dan topi transformers tetapi malangnya penjual tersebut enggan menjual kepadanya atas faktor-faktor strategi pemasaran.
"apa pulak kata orang nanti kalau tengok baju transformers ni ada kat Shrék?"
csa
Tuesday, June 30, 2009 |
di pos oleh
thomatoes
|
Labels: hafit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bincang-bincang
ahlinya
Labels
- ahli baru (2)
- cemas (1)
- cinta (1)
- eid (1)
- hafit (3)
- IM haus (2)
- isteri puluit (2)
- jack (6)
- jama (2)
- jamm session 2009 (2)
- jedi (6)
- jeruk (1)
- jhon (3)
- jus ramadhan (1)
- khobra (1)
- kugiran IM haus (2)
- maggots BABI (1)
- pak mat (3)
- puasa (1)
- puluit (13)
- puluit jr. I (1)
- ramadhan (1)
- secondary (4)
- thomatoes (1)
- tshit (1)
- ucap selamat (1)
0 komen:
Post a Comment